[VIDEO] “MasyaAllah… sempurna” – Shuib akhirnya ded4h wajah Ayash Affan

SEPERTI yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

shuib 2

Ramai tak sabar mahu melihat wajah Ayash Affan.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

“MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay.

COMELNYA AYASH AFFAN!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Kenapa air mata tak boleh berhenti ni… semoga menjadi anak soleh ya sayang!

“Lambang peng.orbanan ibu… jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat a.rwah Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya,” komen pengikut.

shuib 3

Shuib bersama anak-anaknya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat C.ovid-19.

Allahyarham menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meni.nggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan ar.wah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] “MasyaAllah… sempurna” – Shuib akhirnya ded4h wajah Ayash Affan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*