Kutvk orang tak tahu malu beraya guna duit KWSP, lelaki terima pad4h! Rupa-rupanya dah banyak kali keluar kenyataan prov0katif

PENGELUARAN khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 18 April lalu sedikit-sebanyak menjadikan sambutan Syawal pencarum kali ini lebih bermakna.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila segelintir pihak memperlekehkan pencarum KWSP dan melabelkan mereka sebagai ‘tidak tahu malu’ kerana meraikan Aidilfitri menggunakan wang berkenaan.

Di Facebook, posting berunsur pengh.inaan yang dibuat oleh seorang lelaki amat tidak disenangi netizen.

“Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP,” tulis lelaki itu menerusi group Facebook Riak Apa Hari Ini.

Di ruangan komen, netizen meng.ecam kebiad.aban lelaki itu yang disifatkan tidak sensitif dengan nasib pencarum yang kurang berkemampuan.

Malah menurut beberapa pencarum, mereka tidak sepatutnya malu kerana wang berkenaan merupakan hasil titik peluh mereka sendiri.

“Duit kita, bukan kita curi pun. Hasil titik peluh kita. Kalau berhutang, duit ada tapi tak reti bayar tu baru boleh kata malu.

file7ksisv07qtstiuq9mdw

Segelintir pencarum dikatakan menggunakan wang pengeluaran khas KWSP untuk perbelanjaan sempena Aidilfitri. gambar hisan – foto BERNAMA.

“Itu hasil titik peluh aku selama ni. Kau tak malu ke bertanya? Tak ada duit KWSP kan?

“Yang malu bila acah-acah mewah tapi hutang sana sini. KWSP tu pun duit hasil titik peluh sendiri. Jadi syukur selalu.

“Nak malu buat apa. Bukannya kami beraya dengan duit bapa kau,” demikian menurut beberapa komen netizen.

Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP?

PELAYAR FACEBOOK

Untuk rekod, pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 dibuat bermula 18 April lalu.

Semakan mStar pada profil Facebook lelaki itu mendapati dia sering memuat naik soalan dan kenyataan berunsur provokatif yang menyentuh isu-isu sensitif.

“Kenapa bini orang lagi cantik dari bini aku ek? Pelik betul la.

raya6

Antara komen netizen .

“Patut ke saya bagi sampul kosong dekat budak-budak? Supaya mereka tahu hidup ni banyak kekecewaan dan tak semua dapat macam yang kita nak!

“Kalau k.antoi bini dua, benda apa first kau akan cakap kat bini nombor satu?

“Menantu yang kerja kerajaan, makan atas meja. Yang kerja swasta, makan atas tikar,” tulis lelaki itu menerusi beberapa posting.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kutvk orang tak tahu malu beraya guna duit KWSP, lelaki terima pad4h! Rupa-rupanya dah banyak kali keluar kenyataan prov0katif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*