“Janganlah Pertikai Berapa Nilai Duit Raya Saya Bagi”- Iqbal Zulkefli

Usahawan ko.ntroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas terdapat segelintir pihak yang mempertikai nilai duit raya yang diberi olehnya  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 baru-baru ini.

Usah Perti.kai Nilai Duit Raya Yang Diberi

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal meminta pihak terlibat untuk tidak mempertikai nilai duit raya yang diberi olehnya yang harus memberikan duit raya kepada ramai orang.

“Janganlah pertikai berapa nilai duit raya saya bagi, kepada siapa. Inikan raya. Saya perlu bagi kepada ramai orang. Satu tempat saya bagi beratus orang terima.”-Iqbal

Menghabiskan Puluhan Ribu Ringgit

Tambahnya lagi, Iqbal turut menceritakan bahawa dirinya menghabiskan puluhan ribu ringgit disebabkan ramai orang yang datang bertemu dengannya.

“Langkah kaki keluar sahaja rumah, saya akan habiskan puluhan ribu ringgit kerana sangat ramai yang datang”-Iqbal Zulkefli

Tidak Jadikan Duit Raya Sebagai Syarat Untuk Beraya

Usahawan k.ontroversi turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk tidak menjadikan duit raya sebagai syarat untuk beraya.

“Jangan minta RM1000, kasihan ramai lagi orang lain. Jika nak ikutkan orang susah, RM10,000 seorang pun tidak cukup. Jangan jadikan duit raya sebagai syarat beraya. Raikan silaturrahim bersama. Bersyukur.”-Iqbal Zulkefli

via Instagram Iqbal Zulkefli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Janganlah Pertikai Berapa Nilai Duit Raya Saya Bagi”- Iqbal Zulkefli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*