“Saya Dah Lali Dgn Kec4man, Nak Buat Benda Baik Pun Orang Tetap Cari S4lah” – Janna Nick

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Janna berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.

“Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.

“Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan,” katanya.

Menurut Janna, sebaik sasaran kutipan dicapai pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan. Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” katanya.

‘Nak buat benda baik pun orang tetap cari salah’ – Janna Nick

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan halal h.aram sumber pendapatannya dalam membina sebuah pusat tahfiz.

Janna berkata, dia tidak mampu menutup mulut netizen yang gemar mencari salah berbanding menyokong usaha murninya itu.

“Buat benda baik pun tetap ada yang tak senang dan cuba cari salah. Saya sudah dapat mengagak perkara ini bakal berlaku dan menjadi perbalahan dalam kalangan netizen. Tapi saya enggan ambil pusing, sebaliknya mahu fokus mencari dana untuk membangunkan pusat tahfiz yang sudah lama menjadi impian saya.

“Soal halal atau h.aram atau sebagainya biarlah Allah yang adili. Terpulang kepada mulut orang yang nak persoal” katanya.

Menurut Janna, dia sudah lali apabila sering kali menjadi m.angsa dan sasaran ke.caman netizen.

“Saya perlu kuat dalam menempuh dugaan ini. Saya enggan melihat kec.aman atau pertikaian daripada netizen sebagai satu benda yang boleh melemahkan semangat saya.

“Cuma saya harap orang luar dapat membantu misi saya untuk membina pusat tahfiz ini. Sama-sama kita kumpul saham akhirat dan melakukan perkara yang baik di dunia ini, berbanding mencari salah orang,” katanya.

Terdahulu, Janna, 27, berkongsi satu hantaran di Instagram bertanya pendapat orang ramai adakah wang hasil kerjanya selama ini adalah satu sumber yang h.aram.

Sebelum ini, Janna meluahkan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Dah Lali Dgn Kec4man, Nak Buat Benda Baik Pun Orang Tetap Cari S4lah” – Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*