[VIDEO] PU Riz, Neelofa tak sangka anak dapat duit raya RM14,000… Tapi Ini Pula Reaksi Netizen

KALAH duit orang yang keluar KWSP! Itu antara komen lucu netizen di video perkongsian pengacara Neelofa ketika menunjukkan kepingan wang kertas duit raya yang diterima anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa dan suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail sedang membuat kiraan jumlah hasil kutipan duit raya yang diterima bayi berusia lebih tiga bulan itu.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila Neelofa dan PU Riz memberitahu duit raya yang berjaya dikumpul dalam masa tujuh hari menyambut Aidilfitri adalah sebanyak RM14,000.

Neelofa 1

Antara komen netizen di ruang perkongsian video Neelofa.

Dalam pada itu, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail turut memberitahu anaknya juga menerima s3keping wang kertas 1,000 dirham (RM1,000) daripada seseorang individu.

“Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Ini semua duit-duitnya diberi sampai ada duit 1,000 dirham.

“Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat belas ribu dua puluh ringgit (RM14,020)… Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” kata PU Riz.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan hasil kutipan duit raya tersebut kerana nilainya melebihi jumlah pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu RM10,000.

Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat ribu dua puluh ringgit (RM14,020).

PU RIZ

PENCETUS UMMAH

Malah segelintir netizen juga menganggap ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan ramai saudara-mara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya memberikan duit raya RM50 hingga RM100.

“Normal la, umi dia terkenal, walid dia pun terkenal… jumpa orang kaya-kaya. Jadi, apa nak hairan. Aku s3kali pergi rumah orang kaya dapat RM200.

“Bajet duit raya golongan kayangan ini bersamaan RM10,000 KWSP salah seorang rakyat marhaen.

“Datuk, nenek dia semua pangkat Datuk Datin kenalan pun Datuk Datin Tan Seri Puan Seri. Rezeki Bilal la dapat duit raya banyak macam itu,” antara komen netizen.

Neelofa 2

Neelofa dan PU Riz masih tidak mendedahkan wajah anak mereka.

Biarpun ramai netizen yang melahirkan rasa syukur melihat rezeki anak pasangan itu, namun masih terdapat antara mereka yang memberi pandangan bahawa perkongsian itu tidak sesuai kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

“Ingat pesan Ustaz Wadi Anuar. Salah satunya jangan tunjuk harta kita kat orang yang Allah bagi.

“Tak baik tunjuk duit raya kan,” tulis netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu namun sehingga kini masih belum mendedahkan wajah bayi mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] PU Riz, Neelofa tak sangka anak dapat duit raya RM14,000… Tapi Ini Pula Reaksi Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*