“First Kenal Di Set Penggambaran….” Afiqah Ishak Ded4hkn Hubungan Dia Dgn Azri Iskandar.

Pelakon Afiqah Ishak tampil memberi penjelasan terhadap komen-komen netizen yang mendakwa dirinya sebagai punca perce.raian pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty.

“Saya kenal Abang Azri di set penggambaran dan sebelum itu saya memang tidak pernah kenal dia. Dia ada beritahu saya yang saya dan dia dah berkawan di Facebook selama dua tahun, tetapi kami tidak pernah tukar nombor atau hubungi antara satu dengan lain.

Dia Seorang Bapa Yang Baik..." - Ellie Suriaty & Suami Sah Bercerai - Murai MY

“Kemudian, ada orang hantar screen shot yang menunjukkan artikel mendakwa abang Azri sudah ada pengganti. Kenapa eh saya yang kena?

“Apabila baca komen, ramai yang kata saya merupakan punca abang Azri bercera.i. Saya hairan kenapa saya tiba-tiba terpalit dengan kisah orang?” katanya menerusi temu bual bersama HLive semalam.

Dalam pada itu, Afiqah turut menjelaskan mengenai gambar yang diambil bersama Azri.

“Sebenarnya, gambar itu abang Azri yang ambil, sebagai prop. Nampak macam saya pegang telefon, tetapi sebenarnya dia yang ambil gambar.

“Jadi, saya buat cover report dahulu supaya SKMM boleh turunkan posting-posting berkenaan saya yang dimuat naik.

Baru seminggu berc.erai, Azri Iskandar dah jumpa pengganti?

Baru seminggu berc.erai talak satu dengan aktres Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar dikatakan sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Spekulasi timbul apabila aktor berusia 54 tahun itu memuat naik sekeping foto bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.

Memetik laporan Getaran, Azri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa gadis itu adalah rakan pelakon yang digandingkan sebagai watak anak dalam telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.

“Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.

“Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.

“Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mangsa tohmahan,” katanya.

Sementara itu, Azri juga berharap netizen tidak meng.ecam bekas isterinya selepas wanita itu berkali-kali meminta untuk berpisah sebelum ini.

“Tolonglah, jangan k.ecam dia. Dia tidak salah. Sudah memang takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa hala tuju hidup sendiri.

“Ellie banyak berjasa dengan saya dan saya tidak akan lupakan segala jasa-jasanya itu. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

“Sebagai sahabat, saya tetap akan membantu dia di kala susah dan senangnya. Tidak kiralah sama ada bantuan itu dari sudut wang atau tenaga,” ujarnya.

Sumber : Gempak, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“First Kenal Di Set Penggambaran….” Afiqah Ishak Ded4hkn Hubungan Dia Dgn Azri Iskandar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*