‘Memang Juara Bab Jodohkan Orang’ – Zara Zya Akihrnya Bersuara Isu Menyulam Cinta Dengan Shuib

Pelakon Zara Zya menafikan d.akwaan netizen yang kononnya dia sedang mengenali hati dan budi serta menyulam cinta dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

‘Ada urusan yang perlu diurus’

Foto: Instagram Zara Zya

Memetik laporan Kosmo!, Zara berkata, dia sudah lama mengenali Shuib sebagai rakan artis, dan tidak lebih daripada sekadar rakan seindustri.

Netizen memang juara kalau bab nak jodohkan percintaan orang. Laju je mereka buat kerja. Mana ada saya bercinta dengan Shuib, tidak sama sekali.

Kami bertemu pun sebab ada urusan yang perlu diurus dan dibincangkan bukan bercinta atau keluar dating.

Terdahulu, tanda tanya tentang hubungan mereka mula timbul selepas Shuib yang jarang sekali memuat naik foto bersama wanita, berbuat demikian dengan sekeping foto bersama pelakon berusia 36 tahun itu.

Menguatkan lagi spekulasi, Zara turut memuat naik foto sama dengan ucapan terima kasih kepada Shuib yang mengundang seloroh netizen, ‘menjodohkan’ mereka berdua selain mendoakankan yang baik-baik agar urusan mereka berdua dipermudahkan.

Sumber: Kosmo!, Instagram Zara Zya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Memang Juara Bab Jodohkan Orang’ – Zara Zya Akihrnya Bersuara Isu Menyulam Cinta Dengan Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*