Keluarga pelik urusan bawa balik jen4zah pengasas Dnars terlalu cepat… Selepas 3 tahun abang minta SPRM slasat

ABANG sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Mohd Faisal Rohban Ahmad membuat laporan mendakwa pengurusan membawa pulang je.nazah Allahyarham Faziani Rohban ke negara ini dari Thailand tidak mengikut tatacara yang sah.

Laporan tersebut dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lundang, Kelantan menerusi firma guaman Shaharuddin Hidayu & Marwaliz pada Ahad.

Menurut Peguam bela dan peguam cara, Leftenan Kolonel Bersekutu Azhar Ahmad, keluarga memohon satu peny.iasatan dilakukan oleh SPRM kerana mendakwa urusan penghantaran je.nazah tersebut tidak melalui Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsul Malaysia di Songhkla yang disahkan oleh seorang pegawai di Wisma Putra, Putrajaya.

“J.enazah Faziani tiba terlalu cepat ke Malaysia melalui pintu sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang pada jam 4 petang hari sama kemalangan pada 18 Mei 2019.

“Urusan penghantaran j.enazah a.rwah did.akwa tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang iaitu dipercayai tidak mempunyai Surat Kebenaran dari Perwakilan Malaysia di negara yang berlaku kem.atian,” katanya.

Katanya lagi, tempoh je.nazah ar.wah yang dibawa pulang tersebut sangat cepat berbanding beberapa hari yang diperlukan pada kebiasaan kerana perlu melalui beberapa prosedur di Thailand.

Sementara itu Mohd Faisal berkata, laporan tersebut dibuat bagi mendapatkan keadilan terhadap kem.atian Allahyarham.

“Keluarga sememangnya bersyukur apabila je.nazah dapat dibawa pulang awal, namun kami mengesyaki berlaku salah guna kuasa atau unsur rasuah dalam urusan penghantarannya.

“Laporan baru dibuat sekarang kerana kekangan keadaan C.ovid-19 dalam negara dan kami keluarga memohon pihak berkuasa menyi.asat perkara ini,” katanya.

Dalam kejadian t.ragis yang berlaku tiga tahun lalu, Faziani Rohban Ahmad men.inggal dunia pada usia 40 tahun manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim pula c.edera apabila kenderaan Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kema.langan di Pattani, Thailand pada pukul 10.30 pagi.

Pada Khamis lalu, keluarga tersebut juga membuat laporan polis bagi menuntut s.iasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham yang mendakwa dicurigai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Keluarga pelik urusan bawa balik jen4zah pengasas Dnars terlalu cepat… Selepas 3 tahun abang minta SPRM slasat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*