“Saya pun dah umur berapa sekarang…” Akhirnya Syamsul Yusof Ded4hkan Sebab Berdiam Diri Sebelum Ini.

“Dalam Proses Selesaikan Kemelut Rumah Tangga” – Syamsul Yusof Ada Sebab Ambil Tindakan Berdiam Diri

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sebenarnya dalam proses menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Menurut Syamsul, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.

“Inilah kehidupan, saya pun pernah berumur belas tahun. Saya pun dah umur berapa sekarang. I am aware of that.

Syamsul Yusof Lyrics | Lyrics.My

“Saya bukan lari ke apa cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri, itu yang terbaik, iyalah kerana pihak sana dah keluarkan.

“Saya tidak mahu bila saya cakap nanti menyinggung perasaan isteri, menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Tapi itulah dia kadang-kadang orang sekarang ini, netizen menganggap, minta maaf saya cakap.

“Tanpa kita sedar menganggap the real life now is for them to watch dan macam makan popcorn. What’s next? Apa episod minggu depan?

“Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan, untuk tidak memberikan komen.

Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Tak akan saya nak diam sampai ke sudah. Saya tidak begitu.

“Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga saya. Jadi itulah dia,” jelasnya kepada Gempak.

Syamsul ditemui usai siaran langsung program Meletop di Studio Satu, Astro pada Selasa.

Actress Puteri Sarah slams woman causing a rift in her marriage with Syamsul Yusof | The Star

Dalam pada itu, Syamsul juga turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan bapa kepada dua anak ini sudah bertunang dengan wanita bernama Ira Kazar.

“Baru-baru ini pula kata Syamsul dah bertunang, kat mana pula saya bertunang? Hari itu keluar saya dah kahwin pula,” ujarnya

Nantikan temu bual penuh dalam segmen Lanchang Bethol untuk minggu ini.

Ada Yang Dakwa Syamsul Bertunang? Puteri Sarah Komen -” Kalau Betul Jangan Lupa Tanggungjawab Anak-Anak”

Terdahulu, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira.

Terbaharu, pada 21 Jun, isterinya Puteri Sarah telah berkongsi satu tangkap layar yang mendakwa Syamsul telah melangsungkan pertunangan dengan wanita tersebut.

Ada Yang Dakwa Syamsul Bertunang? Puteri Sarah Komen -" Kalau Betul Jangan Lupa Tanggungjawab Anak-Anak"

Satu tangkap layar yang dimuat naik pelakon, Puteri Sarah mengenai kiriman mesej peribadi (DM) mengenai status suaminya didakwa bertunang menjadi perhatian netizen.

Kiriman tersebut mendakwa suaminya sudah bertunang dengan wanita yang pernah dikaitkan sebelum ini, Ira Kazar.

“Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!,” tulis DM tersebut.

Tidak cepat melatah, Puteri Sarah bagaimanapun memberikan reaksi kepada kiriman mesej itu dengan nada positif.

Menurut Puteri Sarah, sekiranya berita itu benar maka tanggungjawab terhadap anak-anak jangan dilupakan.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya di Instagram Story.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal media sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah terkenal bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya pun dah umur berapa sekarang…” Akhirnya Syamsul Yusof Ded4hkan Sebab Berdiam Diri Sebelum Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*